Pokok Induk Tin Sudah Mula Berbuah

Alhamdulillah. Sebagaimana yang dikongsikan dalam posting sebelum ini, apabila teman sekeluarga pulang dari bercuti selama lebih kurang dua minggu semasa musim cuti sekolah pertama, pokok Tin teman sudah mula berputik mengeluarkan buah.

Ini bermakna, pokok ini tidak begitu memerlukan pengawasan yang rumit untuk membesar dengan baik. Mungkin juga kerana dalam tempoh kami tiada di rumah, hujan juga ada turun yang secara tidak langsung boleh membantu mengairi pokok Tin Teman. Alhamdulillah.

Putik Buah Tin
Buah Tin yang baru berputik
Inilah kali pertama teman melihat bagaimana buah tin muncul dari pokok. Subhanallah, rupanya buah tin ini muncul dari bahagian atas tangkai daun. Ada terdapat beberapa biji putik buah tin yang teman lihat sudah mula muncul. Semuanya terletak pada satu dahan yang sama dan tidak terdapat pada dahan-dahan yang lain. Mungkin masanya belum sampai untuk ianya berbuah pada dahan-dahan lain. Wallahua'lam.

Penjagaan Buah Tin
Buah Tin yang baru keluar dari atas pangkal daun
Satu perkara lagi yang menarik ialah, buah tin tidak mengeluarkan bunga sebelum berbuah sepertimana buah-buahan tempatan iaitu rambutan, mangga, durian dan sebagainya. Inilah gambar putik buah tin yang baru keluar dan teman akan kongsikan gambarnya dalam perkembangan seterusnya, In shaa Allah.

Catatan:
  • Jenis Pokok : TGF
  • Ketinggian : +- 6'
  • Hasil semaian : Pokok Induk
  • Tarikh putik : 18/5/2016

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...