Peralatan Mengetut Pokok Tin #01

Proses Tut atau Marcott (dalam bahasa Inggeris) boleh dilakukan menggunakan peralatan-peralatan yang ringkas dan senang diperolehi. Teman cuma selongkar-selongkar peralatan dalam setor rumah dan semuanya sudah tersedia. Cuma mana yang sudah habis perlulah dibeli.

Antara peralatan-peralatan asas yang diperlukan untuk mengetut atau marcotting pokok Tin ialah seperti berikut:-

Peralatan Mengetut Pokok Tin
Kelengkapan mengetut
  • Cable Tie : Cable tie ini boleh diperolehi dari mana-mana kedai hardware atau DIY. Teman cuma perlukan cable tie yang bersaiz kecil kerana dahan pokok Tin yang hendak ditut tidaklah terlalu besar iaitu sebesar jari kelingking atau jari telunjuk sahaja. Cable Tie ini boleh juga digantikkan dengan tali. Teman hanya memerlukan dua cable tie sahaja untuk mengikat bahagian atas dan bawah tut.
  • Pisau tajam : Pisau ini digunakan untuk membuat keratan dan mengupas sekeliling kulit kayu yang akan ditut.
  • Gunting : Gunting adalah opsional kerana boleh gunakan pisau sahaja untuk memotong kepingan pelastik dan cable tie.
  • Pelastik Pembungkus : Pelastik untuk kegunaan membungkus ini teman ambil dari bekas pembungkus beras yang kebiasaannya agak tebal berbanding dengan plastik-plastik bungkusan yang lain.
  • Tanah Kompos : Tanah kompos yang teman gunakan adalah jenis organik yang boleh dihasilkan sendiri iaitu campuran tanah dan lebihan-lebihan makanan dan dedaun pokok. Sesiapa yang kurang rajin untuk membuat sendiri boleh dapatkannya dari nurseri-nurseri yang  berhampiran.
Dalam proses mengetut kali ini teman tidak menggunakan Hormon Penggalak Akar kerana ingin melihat perkembangannya secara semulajadi.
Kesemua kelengkapan tersebut teman simpan di suatu bekas yang mudah untuk dicapai apabila keadaan memerlukan. Maksudnya, apabila teman sudah dapat kenal pasti mana-mana dahan yang berpotensi untuk ditut, maka teman boleh terus lakukan kerja pengetutan ini tanpa berlengah. In Shaa Allah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...