Perkembangan Tut#02: Penanaman hasil Tut Pokok Tin

Setelah melakukan proses pengetutan Tut #02 dan membiarkan pokok Tin yang telah ditut selama kira-kira sebulan, Teman dapati akar pokok sudah dilihat mula memenuhi sebahagian besar pelastik pembungkus tut. Dalam posting kali, ini Teman akan tunjukkan peroses pengalihan Pokok Tin ke dalam bekas polybag.

Pengetutan Pokok Tin
Akar kelihatan hampir memenuhi kawasan tut

Gambar diatas menunjukkan keadaan akar pokok Tin setelah melalui tempoh selama sebulan pengetutan. Melihat kepada perkembangan yang baik ini, pemindahan bolehlah dilakukan sebelum akar di dalam plastik pembungkus menjadi panjang dan membesar serta memenuhi ruang pelastik tut. Keadaan akar yang bersesak didalam bekas tut dikhuatiri akan membantutkan dan menjejaskan kesuburan anak pokok Tin.

Perkakas Menanam pokok Tin
Peralatan ringkas
Peralatan-peralatan  yang diperlukan semasa peroses pengalihan anak pokok tut ini adalah sangat ringkas iaitu:-
  • Gunting Pokok
  • Skop Tanah
  • Bekas tanah Polybag atau Pasu
  • Tanah campuran kompos buatan sendiri
Sebelum membuat keratan pada pokok yang telah ditut, persediaan lain perlu dibuat terlebih dahulu iaitu pempersiapkan medium atau bekas untuk penanaman anak pokok.

Campuran tanah kompos buatan sendiri perlu dimasukkan kedalam bekas polybag sehingga memenuhi 2/3 bahagian bekas polybag tersebut.

Setelah itu, barulah kita boleh membuat pemotongan terhadap anak pokok yang ditut pada bahagian bawah menggunakan Gunting Pokok.

Proses pemotongan ini perlu dilakukan dengan cermat agar tidak merosakkan pokok baru serta pokok induk.

Akar Pokok Tin
Anak Pokok Tin dan keadaan akar pokok Tin yang tumbuh

Pelastik pembungkus tut perlu dibuka dengan cermat agar tidak merosakkan akar pokok Tin yang melekat pada pelastik pembungkus tut. Gambar di atas menunjukkan akar pokok Tin yang tumbuh setelah sebulan.

Anak pokok ini bolehlah dimasukkan kedalam bekas polybag yang terdapat campuran tanah yang telah disediakan terlebih dahulu. Kerja-kerja ini perlu juga dilakukan secara berhati-hati agar tidak merosakkan akar serta daun anak Pokok Tin. Elakkan dari memampatkan tanah secara berlebihan atau terlalu kuat kerana dikhuatiri boleh merosakkan akar dan menjejaskan keporosan tanah.


Inilah hasilnya pokok Tin yang sudah ditanam. Bahagian atas sekali telah teman tutup dengan daun-daun pokok buluh yang telah diricik dan dibiarkan kering. Akhir sekali jangan lupa untuk membuat siraman keatas anak pokok Tin ini secukupnya untuk memulihkan kesegaran akar dan daun pokok tersebut. Alhamdulillah.

Mudah-mudahan Pokok Tin yang baru Teman tanam ini dapat membesar dengan baik dan mengeluarkan buah-buah yang banyak dan sedap :) Aamiin.

Catatan:
  • Jenis Pokok : TGF
  • Ketinggian : 15"
  • Hasil Semaian : Tut #02
  • Tarikh pemindahan : 20/6/2016
Perkembangan Stage 2

Setelah membuat perpindahan dari keratan Tut pada 20/6/16, kini pada 1/7/2016 berlaku banyak pertumbuhan dahan-dahan baru di sepanjang batang pokok utama dan juga 3 cabang pada pucuk. Percambahan pada pucuk ini adalah teknik yang baru dipelajari. Teman akan kongsikan teknik ini dalam posting yang akan datang in shaa Allah.

Penjagaan Pokok Tin
Tarikh: 1/7/2016
Baja yang telah digunakan ialah baja sejenis baja organik yang diperolehi daripada nurseri.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...