Tut #02: Cara Mengetut Pokok Tin Paling Jimat

Setelah mendapat pengalaman pertama mengetut Pokok Tin cara bajet dan secara cuba-cuba, Teman sudah nampak satu lagi potensi untuk membuat pengetutan pada pokok induk yang sama.

Kali ini dengan penuh keyakinan, teman sediakan peralatan-peralatan yang boleh diambil dalam rumah untuk jalankan projek yang seterusnya. Peralatan-peralatan mengetut yang Teman gunakan adalah yang paling ringkas, mudah dan murah:-
  • Pisau pemotong kertas yang agak tajam.
  • Plastik beras yang sudah di potong bersaiz anggaran 10" x 8".
  • 'Cable Tie' bersaiz kecil x 2
  • Tanah kompos organik buatan sendiri. Lembapkan tanah menggunakan air biasa sehingga boleh membentuk gumpalan yang tidak terlalu kering atau terlalu basah.
Teman hanya luangkan beberapa minit sahaja untuk melakukan peroses pengetutan Pokok Tin ini di waktu petang sebelum masuk mandi. Langkah-langkah yang telah Teman lakukan ialah:-
  • Potong Kulit Dahan : Potong di sekeliling dahan yang ingin ditut bahagian atas dan bawah jarak sekitar satu inci. Berhati-hati agar tidak memotong terlalu kuat supaya tidak terpotong terus. Sebenarnya dahan pokok Tin tidak terlalu keras dan sangat mudah untuk dipotong.
  • Toreh Kulit Dahan : Selepas itu, tanggalkan kulit dahan tersebut dan kikis baki kulit yang tersisa sehingga bersihkan.
  • Ikat Balutan Plastik : Ambil plastik dan ikat pada dahan di bahagian bawah menggunakan 'Cable Tie'. Sediakan ruang untuk memasukkan tanah dengan saiz sebesar penumbuk.
  • Isikan Tanah : Isikan tanah organik ke dalam karung plastik yang telah diikat tadi dan kemaskan ia sehingga membentuk gumpalan tanah yang rapi.
  • Kemaskan Ikatan : Ikat bahagian atas menggunakan 'Cable Tie'.
Pengetutan Pokok Tin
Hasil pengetutan Pokok Tin

Alhamdulillah, sudah selesai penyediaan Tut Pokok Tin Teman untuk kali kedua. Pada kebiasaannya, akar akan kelihatan sekitar 2 atau 3 minggu In Shaa Allah.

Gambar di atas telah diambil selepas beberapa minggu kerja-kerja pengetutan dilakukan di mana terdapat dahan baru yang muncul dari atas dan bawah gumpalan tut. Semasa kerja-kerja pengetutan dilakukan, dahan-dahan baru tersebut masih belum muncul dan mudah untuk Teman membuat kerja-kerja pengetutan.

Para pembaca boleh juga melakukan proses pengetutan sendiri di rumah dengan mengikuti step-step di atas. Kerja-kerja ini memang mudah dan tidak memerlukan kepakaran yang tinggi untuk menampakkan hasilnya. In Shaa Allah.

Catatan:
  • Jenis Pokok : TGF
  • Ketinggian : 1'6"
  • Hasil Semaian : Tut #01
  • Tarikh Tut : 6/6/2016

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...